
Pemerintah AKP Turki sibuk meluaskan pengaruhnya di dunia Arab. Erdogan membuat telah lawatan ke tiga negara yang menumbangkan rejim diktatornya; Mesir, Tunisia dan Libya. Di dalam lawatannya, dia telah menggemparkan dunia Islam dengan menawarkan sekularisma dan demokrasi sebagai jalan untuk mencapai kemajuan, bahawa tidak ada kontradiksi antara Islam dan demokrasi.
Dia mengatakan “Individuals cannot be secular, states are. A devout Muslim can successfully govern a secular state,” (Individu tidak boleh menjadi sekular, tetapi negara boleh. Muslim yang taat boleh mentadbir negara sekular dengan cemerlang.)
Di dalam sebuah sidang akhbar, dia mengatakan pula "The most important thing of all and Tunisia will prove this; Islam and democracy can exist side by side,...Turkey, as a country which is 99 percent Muslim, does this comfortably, we do not have any difficulty. There is no need to hinder this by putting forward different approaches. In the broadest sense, consultation will put forward the will of the people,..." (Perkara yang paling penting dan Tunisia akan membuktikan ini; Islam dan demokrasi boleh wujud bersebelahan, ... Turki, sebagai sebuah negara yang 99 peratus beragama Islam, berbuat demikian dengan selesa, kita tidak mempunyai apa-apa kesukaran. Tidak ada perlu untuk menghalang ini dengan meletakkan pendekatan ke hadapan yang berbeza. Dalam erti kata yang luas, perundingan akan dikemukakan kehendak rakyat,...)

Konsep yang telah Erdogan tawarkan ini mengingatkan saya kepada sebuah teks ucapan Sukarno, Bapa Kemerdekaan Indonesia. Pada pendapat saya bagaikan ada persamaan pada kedua-duanya. Mereka menawarkan politik yang tidak menafikan peranan agama Islam walaupun pada dasarnya negara dan parti yang mereka dirikan bukanlah parti yang bersimbolkan Islam atau menjadikan Islam sebagai dasar.
Bung Karno terkenal bukan sahaja sebagai Bapa Kemerdekaan Indonesia tetapi juga dengan Pancasilanya walaupun mengakui bahawa dia "hanya seorang perumus perasaan bangsa", dengan tidak membuat klaim total sebagai ideolognya. Sekiranya dibaca tentang latar belakangnya, maka kita akan sedar bahawa Sukarno bukanlah manusia yang anti-agama.
Di dalam teks pidato di depan Dokuritsu Zyunbi Tyoosakai pada tanggal 1 Juni 1945 di Jakarta, Bapa Kemerdekaan Indonesia, Bung Karno telah mengatakan:
"Untuk pihak Islam, inilah tempat yang terbaik untuk memelihara agama. Kita, sayapun, adalah orang Islam, - maaf beribu-ribu maaf, keIslaman saya jauh belum sempurna, tetapi kalau saudara-saudara membuka saya punya dada, dan melihat saya punya hati, tuan-tuan akan dapati tidak lain tidak bukan, hati Islam."
Erdogan dan Bung Karno sama sekali tidak menafikan keberadaan dan pengaruh agama di dalam diri mereka yang boleh mempengaruhi keputusan politik yang akan mereka buat di dalam demokrasi berparlimen. Walaupun mengakui dirinya tidak memahami Islam secara sempurna, Islam memainkan peranan didalam keputusan politik Bung Karno.
Pemikiran yang ditawarkan Erdogan kepada rakyat Arab di dalam penjelajahannya ke 3 negara Arab itu telah ditawarkan Bung Karno lebih 60 tahun dahulu. Sekularisma yang diamalkannya bukanlah sekularisma yang anti-agama, melainkan sekularisma yang bertoleransi akan keberadaan agama di dalam ruang publik. Sila yang kelima dalam Pancasila ialah "Ketuhanan Yang Maha Esa".
Bacaan lanjutan: http://www.todayszaman.com/news-256855-turkish-assault-boats-may-be-in-east-med-at-any-time-erdogan-says.html
"Pancasila 1 Juni & Syariat Islam" oleh Prof. Dr. Hamka Haq, M.A.
0 comments:
Post a Comment